Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SEKURITI ISLAM) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana pembekal diluluskan dan pengguna diluluskan daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam selain bayaran berstruktur, ansuran bulanan dan keuntungan yang diperoleh atas kolateral dan rebat yang terbit daripada—
(a)
pembelian dan penjualan sekuriti Islam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad;
(b)
pulangan sekuriti Islam yang sama atau setara;
(c)
penukaran kolateral yang sepadan; dan
(d)
pelaksanaan pilihan pemulihan akibat pengelasan semula status sekuriti Islam itu kepada sekuriti tidak patuh Shariah, berkenaan dengan suatu transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam di bawah suatu perjanjian transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam.
3
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pembekal diluluskan dan pengguna diluluskan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
(3)
Dalam Perintah ini—
“pembekal diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh pusat penjelasan diluluskan untuk menjadi seorang pembekal dalam suatu penjualan dan pembelian sekuriti Islam di bawah suatu perjanjian transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam;
“pengguna diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh pusat penjelasan diluluskan untuk menjadi seorang pengguna dalam suatu penjualan dan pembelian sekuriti Islam di bawah suatu perjanjian transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam;
“pusat penjelasan diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
“transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam” ertinya transaksi terunding penjualan dan pembelian sekuriti Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah suatu pusat penjelasan diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Dibuat 17 Disember 2024
[MOF.TAX(S).700-1/3/110; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-363; PN(PU2)80/JLD.113]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ISLAMIC SECURITIES) (EXEMPTION) ORDER 2024