Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM HADIAH KEMENANGAN SUKAN) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan seseorang atlet daripada pembayaran cukai pendapatan atas suatu amaun yang bersamaan dengan wang hadiah yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Sukan Negara Malaysia di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan dalam menentukan pendapatan kasar atlet itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, atlet yang disebut dalam subperenggan (1)

ialah atlet di bawah naungan Majlis Sukan Negara Malaysia dan bertanding secara individu atau berpasukan dalam acara sukan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan atlet itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

P.U. (A) 385 3

Dibuat 27 November 2024

[MOF.TAX(S)700-1/3/14/JLD.4(SK.1)(4); LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-379; PN(PU2)80/JLD.113]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 385 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (SPORTS VICTORY PRIZE SCHEME) (EXEMPTION) ORDER 2024

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM HADIAH KEMENANGAN SUKAN) (PENGECUALIAN) 2024