Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“bursa saham” ertinya Bursa Malaysia Securities Berhad;
“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—
(a)
suami atau isteri;
(b)
anak kandung;
(c)
anak tiri; dan
(d)
anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
P.U. (A) 351 3
“Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City” ertinya Pulau 1, Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan,
Johor;
“syarikat dana keluarga tunggal” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang—
(a)
dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal;
(b)
beroperasi di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City; dan
(c)
ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.
Pengecualian