Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PEJABAT KELUARGA TUNGGAL) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 4

Syarat pengecualian

(1)

Pengecualian yang diberikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

syarikat dana keluarga tunggal itu hendaklah mendapatkan surat perakuan daripada Suruhanjaya Sekuriti;

P.U. (A) 351 4

(b)

pelupusan syer itu—

(i)

hendaklah dibuat kepada suatu syarikat dana keluarga tunggal dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh surat perakuan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti; dan

(ii)

hendaklah dibuat dalam tempoh mulai 1 September 2024

hingga 31 Disember 2034; dan

(c)

pemilik benefisial mutlak syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi dan pemilik benefisial mutlak syarikat dana keluarga tunggal itu hendaklah terdiri daripada anggota keluarga tunggal yang sama.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam perenggan 3 boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Kerugian daripada pelupusan syer

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PEJABAT KELUARGA TUNGGAL) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PENGECUALIAN) 2025