Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM PENSTRUKTURAN SEMULA SYARIKAT) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada laba atau keuntungan yang diterima daripada pelupusan syer suatu syarikat yang diperbadankan di
Malaysia yang tidak tersenarai di bursa saham kepada suatu syarikat pemeroleh, suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia.
(2)
Bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan (1)—
(a)
pelupusan syer itu hendaklah dibuat dalam tempoh mulai 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2028;
(b)
syer itu hendaklah dilupuskan di bawah suatu skim penstrukturan semula syarikat dalam kumpulan yang sama untuk meningkatkan kecekapan dalam pengendalian syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu, atau syarikat pemeroleh itu atau kedua-duanya; dan
P.U. (A) 289 3
(c)
balasan bagi pelupusan syer itu hendaklah terdiri daripada syer dalam syarikat pemeroleh itu atau tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus syer dalam syarikat pemeroleh itu dan bakinya dengan bayaran wang, dan syer itu hendaklah dikeluarkan kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu.
(3)
Tertakluk kepada subperenggan (4), syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu hendaklah memohon secara bertulis kepada
Ketua Pengarah selepas tempoh tiga tahun dari tarikh pelupusan syer oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu.
(4)
Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Kerugian daripada pelupusan syer