Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARAT BAGI PEMBERIAN REBAT DI BAWAH SUBSEKSYEN 6D(4)) 2021
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud pemberian rebat di bawah seksyen 6D
Akta, suatu syarikat atau perkongsian liabiliti terhad (selepas ini masing-masing disebut sebagai “syarikat yang layak” atau “perkongsian liabiliti terhad yang layak”)
hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a)
suatu syarikat yang layak atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang layak tidak boleh memiliki atau dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh suatu syarikat berkaitan atau perkongsian liabiliti terhad berkaitan yang mempunyai modal berbayar berkenaan dengan syer biasa atau sumbangan modal
(sama ada dalam bentuk tunai atau barangan)
melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;
(b)
operasi syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu hendaklah dijalankan di premis yang berlainan daripada syarikat berkaitannya atau perkongsian liabiliti terhad berkaitannya;
3
(c)
syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak tidak boleh menggunakan loji, peralatan dan fasiliti yang dimiliki oleh syarikat berkaitannya atau perkongsian liabiliti terhad berkaitannya atau yang telah dilupuskan kepada syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu oleh syarikat berkaitannya atau perkongsian liabiliti terhad berkaitannya;
(d)
pekerja syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu, kecuali bagi
Ketua
Pegawai
Eksekutif dan pengarahnya, hendaklah berlainan daripada syarikat berkaitannya atau perkongsian liabiliti terhad berkaitannya;
(e)
aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu hendaklah—
(i)
berlainan daripada syarikat berkaitannya atau perkongsian liabiliti terhad berkaitannya; atau
(ii)
berlainan daripada suatu pemilikan tunggal jika pemilikan tunggal itu ditukar kepada suatu syarikat atau suatu perkongsian liabiliti terhad;
(f)
syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu tidak boleh merupakan suatu hasil percantuman atau pemerolehan dua atau lebih syarikat atau perkongsian liabiliti terhad yang mempunyai modal berbayar berkenaan dengan syer biasa atau sumbangan modal
(sama ada dalam bentuk tunai atau barangan)
dua juta lima ratus ribu ringgit dan kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dan pendapatan kasar daripada suatu punca atau punca-punca perniagaannya
4
tidak melebihi lima puluh juta ringgit dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan
(g)
perkongsian liabiliti terhad yang layak itu bukan suatu perkongsian atau syarikat yang telah ditukar menjadi suatu perkongsian liabiliti terhad mengikut seksyen 29 atau 30
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743].
(2)
Jika suatu syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak memulakan operasi pada atau selepas 1
Julai 2020
dan tempoh asasnya berakhir pada atau sebelum 31 Disember 2020, suatu rebat boleh diberikan mengikut Perintah ini bagi tahun taksiran 2021 dan 2022 sahaja.
Syarikat berkaitan atau perkongsian liabiliti terhad berkaitan