Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARAT BAGI PEMBERIAN REBAT DI BAWAH SUBSEKSYEN 6D(4)) 2021

Seksyen 3

Suatu syarikat berkaitan atau perkongsian liabiliti terhad berkaitan yang disebut dalam Perintah ini ertinya berhubung dengan suatu syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak—

(a)

suatu syarikat atau perkongsian liabiliti terhad yang memiliki secara langsung atau tidak langsung lima puluh peratus daripada modal berbayar berkenaan dengan syer biasa atau sumbangan modal

(sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu;

(b)

suatu syarikat atau perkongsian liabiliti terhad yang lima puluh peratus daripada modal berbayarnya berkenaan dengan syer biasa atau sumbangan modalnya (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan)

dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak itu; atau

(c)

suatu syarikat atau perkongsian liabiliti terhad dan suatu syarikat yang layak atau perkongsian liabiliti terhad yang layak yang lima puluh peratus daripada modal berbayarnya berkenaan

5

dengan syer biasa atau sumbangan modalnya (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain atau perkongsian liabiliti terhad lain.

Dibuat 30 Disember 2021

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/104; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-140; PN(PU2)80/JLD.104]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 6D(6)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (CONDITONS FOR THE GRANT OF REBATE UNDER SUBSECTION 6D(4))

ORDER 2021

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARAT BAGI PEMBERIAN REBAT DI BAWAH SUBSEKSYEN 6D(4)) 2021