Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT LABUAN) (PENGECUALIAN) 2026
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana pemastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pemakaian perenggan 39(1)(r) Akta berkenaan dengan amaun pembayaran yang dibuat oleh pemastautin itu kepada suatu syarikat Labuan yang menjalankan suatu aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi Perdagangan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pemastautin itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
(3)
Bagi maksud perenggan ini—
“Insentif Global bagi Perdagangan” ertinya suatu program insentif bagi
Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan aktiviti yang layak;
P.U. (A) 147 3
“Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan” ertinya suatu syarikat
Labuan yang—
(a)
diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441];
(b)
dilesenkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
(c)
menyenggara suatu pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan untuk menubuhkan pejabat operasinya di mana-mana di Malaysia; dan
(d)
menjalankan suatu aktiviti yang layak di bawah program
Insentif Global bagi Perdagangan;
“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—
(a)
petroleum dan produk berkaitan dengan petroleum termasuklah gas asli cecair;
(b)
galian;
(c)
produk pertanian;
(d)
bahan mentah yang ditapis;
(e)
bahan kimia; dan
(f)
galian asas.
P.U. (A) 147 4
Dibuat 18 Mac 2026
[MOF.TAX (S) 700-2/1/75 Jld.2; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-135; PN(PU2)80/JLD.116]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 147 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (LABUAN COMPANY) (EXEMPTION) ORDER 2026