Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN) (PENGECUALIAN) 2026

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya aktiviti yang layak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;

“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

bermastautin di Malaysia dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777];

(b)

merupakan pengendali pelancongan berlesen di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992 [Akta 482]; dan

(c)

menjalankan aktiviti yang layak;

“pelancong asing” ertinya individu selain daripada pelancong tempatan, yang bukan warganegara Malaysia atau yang tidak bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 164 3

“perniagaan pengendalian pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992.

Aktiviti yang layak

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN) (PENGECUALIAN) 2026