Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN) (PENGECUALIAN) 2026
Seksyen 4
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam amaun yang bersamaan dengan nilai peningkatan pendapatan.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa jumlah bilangan pelancong asing bagi aktiviti yang layak itu tidak kurang daripada satu ribu orang dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(3)
Jumlah bilangan pelancong asing bagi suatu aktiviti yang layak hendaklah ditentusahkan secara bertulis oleh seorang pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia yang diberi kuasa.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
(5)
Bagi maksud perenggan ini, “nilai peningkatan pendapatan” ertinya perbezaan antara nilai pendapatan perniagaan orang yang layak yang diperoleh daripada pengendalian pakej pelancongan dalam Malaysia dalam tempoh asas itu dan nilai
P.U. (A) 164 4
pendapatan perniagaan orang yang layak yang diperoleh daripada pengendalian pakej pelancongan dalam Malaysia dalam tempoh sebaik sebelum tempoh asas itu.
Sumber berasingan dan akaun berasingan