Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN) (PENGECUALIAN) 2026
Seksyen 5
(1)
Jika orang yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu sumber berasingan dan berlainan bagi orang yang layak itu.
(2)
Orang yang layak yang diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 4(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1)
dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran.
Dibuat 16 Mac 2026
[Perb. MOF.700-2/7/2317; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-496; PN(PU2)80/JLD.116]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 164 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (TOUR OPERATOR COMPANY) (EXEMPTION) ORDER 2026