Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (TAWARAN AWAM PERMULAAN) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada laba atau keuntungan yang diterima daripada pelupusan syer suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang tidak tersenarai di bursa saham.

P.U. (A) 290 3

(2)

Bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan (1)—

(a)

pelupusan syer itu hendaklah dibuat dalam tempoh mulai 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2028;

(b)

syer itu hendaklah dilupuskan berhubung dengan penstrukturan semula mana-mana syarikat bagi suatu tawaran awam permulaan;

(c)

syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu hendaklah memohon bagi tawaran awam permulaan itu di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]

dalam tempoh satu tahun dari tarikh pelupusan syer itu—

(i)

kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi maksud penyenaraian di Pasaran Utama; atau

(ii)

kepada Bursa Malaysia Securities Berhad bagi maksud penyenaraian di Pasaran ACE dan Pasaran LEAP; dan

(d)

syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu hendaklah mendapatkan kelulusan bagi permohonan tawaran awam permulaan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(c)

pada atau sebelum 31 Disember 2028.

(3)

Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu hendaklah memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan bagi permohonan tawaran awam permulaan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(c).

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan

P.U. (A) 290 4

apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Kerugian daripada pelupusan syer

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (TAWARAN AWAM PERMULAAN) (PENGECUALIAN) 2024