Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan suatu unit amanah yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kasar daripada semua punca pendapatan di bawah seksyen 4 Akta yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Unit amanah yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah suatu unit amanah yang bermastautin di Malaysia yang diuruskan oleh syarikat pengurusan dan unit amanah yang layak itu mempunyai pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia tetapi tidak termasuk suatu unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai Amanah Pelaburan Harta Tanah atau Tabung Amanah Harta yang tersenarai di Bursa Malaysia.
(3)
Bagi maksud Perintah ini, unit amanah yang layak atau syarikat pengurusan bagi unit amanah yang layak itu hendaklah, dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta, yang hendaklah termasuk syarat yang berikut:
P.U. (A) 250 3
(a)
pendapatan kasar unit amanah yang layak itu telah tertakluk kepada cukai yang serupa sifatnya dengan cukai pendapatan di bawah undang-undang wilayah yang pendapatan itu terbit dan kadar tertinggi cukai yang serupa sifatnya dengan cukai pendapatan di bawah undang-undang wilayah yang pendapatan itu terbit pada masa itu adalah tidak kurang daripada lima belas peratus; atau
(b)
syarikat pengurusan bagi unit amanah yang layak itu hendaklah mengambil kerja bilangan pekerja yang mencukupi di Malaysia dan melakukan amaun perbelanjaan operasi yang mencukupi di Malaysia.
(4)
Apa-apa potongan berhubung dengan pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan ini tidak diambil kira bagi maksud menentukan pendapatan kena cukai unit amanah yang layak itu.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan unit amanah yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
(6)
Bagi maksud perenggan ini, “syarikat pengurusan” ertinya suatu syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang melaluinya atau yang bagi pihaknya suatu unit suatu unit amanah yang layak—
(a)
telah atau dicadangkan untuk diterbitkan, atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian; atau
(b)
yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli telah dibuat, dan termasuklah mana-mana orang yang pada masa itu menjalankan fungsi syarikat pengurusan itu.
P.U. (A) 250 4
Ketidakpakaian