Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (UNIT AMANAH) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan suatu unit amanah yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan apa-apa laba atau keuntungan yang diterima daripada pelupusan syer suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang tidak tersenarai di bursa saham dan daripada pelupusan syer di bawah seksyen 15C Akta.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, unit amanah yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) tidak termasuk suatu unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai Amanah Pelaburan Harta Tanah atau Tabung Amanah

Harta yang tersenarai di Bursa Malaysia.

(3)

Pelupusan syer yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dibuat mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan unit amanah yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

P.U. (A) 249 3

Kerugian daripada pelupusan syer