Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PERKHIDMATAN (KADAR CUKAI PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Kecualian

(1)

Apa-apa perkhidmatan digital yang disediakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini dan penyediaan perkhidmatan digital itu menjangkaui selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada kadar lapan peratus daripada nilai perkhidmatan digital yang dikenakan oleh orang berdaftar asing bagi perkadaran perkhidmatan bercukai yang boleh dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini.

(2)

Apa-apa perkhidmatan digital yang disediakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, apa-apa pembayaran yang diterima sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini berhubung dengan perkhidmatan digital itu, cukai perkhidmatan atas pembayaran yang diterima itu hendaklah dikenakan pada kadar enam peratus daripada nilai perkhidmatan digital yang dikenakan oleh orang berdaftar asing.

P.U. (A) 67 3

Dibuat 22 Februari 2024

[KE.HF (152) 899/03 JLD 2 (7); MOF.TAX(S)700-1/2/27 Jld.4; PN(PU2)752/JLD.5]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di hadapan

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 10(3)

Akta Cukai Perkhidmatan 2018]

P.U. (A) 67 4

SERVICE TAX ACT 2018

SERVICE TAX (RATE OF DIGITAL SERVICES TAX) (AMENDMENT) ORDER 2024

Section 3 — PERINTAH CUKAI PERKHIDMATAN (KADAR CUKAI PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) 2024