Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PERKHIDMATAN (KADAR CUKAI) (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Apa-apa perkhidmatan bercukai selain perkhidmatan bercukai yang berhubungan dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penyediaan tempat letak kenderaan atau perkhidmatan logistik—

(a)

yang disediakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini dan penyediaan perkhidmatan bercukai itu menjangkaui selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada kadar lapan peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai mengikut seksyen 9 Akta bagi perkadaran perkhidmatan bercukai yang boleh dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini;

(b)

yang disediakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, apa-apa pembayaran yang diterima sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini berhubung dengan perkhidmatan bercukai itu, cukai perkhidmatan atas pembayaran yang diterima itu hendaklah dikenakan pada kadar enam peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai mengikut seksyen 9 Akta;

(c)

berhubung dengan orang berdaftar yang mengakaunkan cukai perkhidmatan di bawah perenggan 11(3)(b) Akta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, apa-apa pembayaran yang diterima berupa wang, dalam bentuk cip atau kupon, termasuk cip atau kupon yang dikeluarkan secara percuma, atau apa-apa bentuk lain, atau apa-apa invois yang dikeluarkan yang berhubungan dengan perkhidmatan bercukai yang

P.U. (A) 64 4

akan disediakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini, cukai perkhidmatan yang menjadi genap masa dan kena dibayar hendaklah dikenakan pada kadar lapan peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai mengikut seksyen 9 Akta;

(d)

berhubung dengan suatu perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini dan menjangkaui selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, cukai perkhidmatan hendaklah dilevikan pada kadar lapan peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai mengikut seksyen 9 Akta atas perkadaran perkhidmatan bercukai diimport yang boleh dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini; dan

(e)

yang genap masa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini berhubung dengan perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, cukai perkhidmatan hendaklah dilevikan pada kadar enam peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai mengikut seksyen 9 Akta.

Dibuat 22 Februari 2024

[KE.HF(152)899/03JLD.2(10); MOF.TAX(S)700-1/2/27 Jld.4; PN(PU2)752/JLD.5]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di hadapan

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 10(3)

Akta Cukai Perkhidmatan 2018]

P.U. (A) 64 5

SERVICE TAX ACT 2018

SERVICE TAX (RATE OF TAX) (AMENDMENT) ORDER 2024

Section 3 — PERINTAH CUKAI PERKHIDMATAN (KADAR CUKAI) (PINDAAN) 2024