Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Perintah ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 3 dengan perenggan yang berikut:
“Kadar cukai perkhidmatan 3.
(1)
Kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas semua perkhidmatan ditetapkan pada lapan peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai yang ditentukan mengikut seksyen 9 Akta.
P.U. (A) 173 3
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas perkhidmatan bercukai yang dinyatakan—
(a)
dalam Jadual Pertama ditetapkan pada enam peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai yang ditentukan mengikut seksyen 9 Akta; dan
(b)
dalam Jadual Kedua ditetapkan pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3).
(3)
Jika perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh orang kena cukai yang dinyatakan dalam ruang (1) Kumpulan A, B, C, D atau E Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P.U. (A) 214/2018] bagi perkhidmatan bercukai yang dinyatakan—
(a)
dalam subbutiran (a) ruang (2) Kumpulan A, C, D atau E bersekali dengan apa-apa perkhidmatan bercukai lain yang dinyatakan dalam subbutiran (b) ruang (2) Kumpulan A, C, D atau E, mengikut mana-mana yang berkenaan, kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas perkhidmatan bercukai lain itu ditetapkan pada lapan peratus; dan
(b)
dalam subbutiran (a) ruang (2) Kumpulan B bersekali dengan apa-apa perkhidmatan bercukai lain yang dinyatakan dalam subbutiran (b) ruang (2) Kumpulan B, kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas perkhidmatan bercukai lain itu ditetapkan pada enam peratus.”.
P.U. (A) 173 4
Jadual baharu Pertama dan Kedua