Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Duti eksais pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual dalam Perintah
Duti Eksais 2012 hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengilang berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan di Malaysia yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual berkenaan.
Cara pembayaran bagi pemindahan kenderaan bermotor dari tempat pengilangan kenderaan bermotor 4.
(1)
Duti penuh hendaklah dibayar dengan segera oleh pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 20(1) Akta Eksais 1976 bagi semua kenderaan bermotor yang dinyatakan di bawah perenggan 2 Perintah ini yang dipindahkan dari tempat pengilangan kenderaan bermotor itu sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu bagi pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan.
(2)
Suatu sekuriti, setelah Ketua Pengarah berpuashati, bagi pembayaran duti penuh hendaklah menjadi kena dibayar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 20(1) Akta Eksais 1976 atau ejen yang diberi kuasa bagi semua kenderaan bermotor yang dinyatakan di bawah perenggan 2 Perintah ini yang dipindahkan dari tempat pengilangan kenderaan bermotor itu sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu dengan syarat—
(a)
pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu pada setiap masa hendaklah bertanggungan bagi duti penuh ke atas semua kenderaan bermotor tersebut yang dipindahkan dari tempat pengilangan kenderaan bermotor itu;
P. U. (A) 351
4
(b)
Ketua Pengarah boleh menuntut bayaran duti daripada pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu atas mana-mana kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan kenderaan bermotor itu di bawah peruntukan
Perintah ini, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenderaan bermotor itu akhirnya tidak akan didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan;
(c)
pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan bagi duti penuh ke atas semua kenderaan bermotor bagi pengangkutan orang jika kenderaan bermotor itu tidak didaftarkan dalam masa empat tahun dari tarikh pemindahan dari tempat pengilangan itu.
Pembatalan