Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Cara pembayaran bagi pemindahan kenderaan bermotor dari tempat pengilangan
(1)
Duti eksais hendaklah dibayar dengan segera oleh pemegang lesen bagi semua kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan bagi pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan.
(2)
Ketua Pengarah boleh, jika berpuas hati sedemikian, membenarkan suatu sekuriti diberikan oleh pemegang lesen bagi pembayaran duti eksais bagi kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan.
(3)
Sekuriti yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah menjadi kena dibayar oleh pemegang lesen atau ejen yang diberi kuasa bagi semua kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan dengan syarat—
(a)
pemegang lesen itu pada setiap masa adalah bertanggungan bagi duti eksais ke atas semua kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan itu;
P.U. (A) 93 5
(b)
Ketua Pengarah boleh menuntut bayaran duti eksais daripada pemegang lesen ke atas mana-mana kenderaan bermotor yang dipindahkan dari tempat pengilangan itu jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenderaan bermotor itu akhirnya tidak akan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan; atau
(c)
pemegang lesen hendaklah bertanggungan bagi duti eksais ke atas semua kenderaan bermotor jika kenderaan bermotor itu tidak didaftarkan dalam masa empat tahun dari tarikh pemindahan dari tempat pengilangan itu.
Pembatalan