Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“minuman bergula” ertinya barang-barang yang diperihalkan dalam ruang (1), (2)
dan (3) di bawah kepala 20.09 Bab 20 dan kepala 22.02 Bab 23 Jadual kepada
Perintah Duti Eksais 2017 [P.U. (A) 92/2017];
“pemegang lesen”
ertinya orang yang kepadanya lesen penggudangan minuman bergula dikeluarkan di bawah subseksyen 25(1) Akta;
“pengilang berlesen”
ertinya orang yang kepadanya lesen mengilang minuman bergula dikeluarkan di bawah subseksyen 20(1) Akta;
“tempat yang dilesen”
ertinya mana-mana tempat penggilangan minuman bergula yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan kepada pengilang berlesen di bawah subseksyen 20(1) Akta.