Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Duti eksais menjadi genap masa dan kena dibayar
(1)
Duti eksais menjadi genap masa:
(a)
bagi pengilang berlesen di Malaysia, pada masa minuman bergula dipindahkan dari tempat yang dilesen untuk kegunaan dalam Malaysia; dan
(b)
bagi minuman bergula yang disimpan oleh pemegang lesen dalam gudang berlesen, pada masa minuman bergula itu dipindahkan dari gudang berlesen untuk kegunaan dalam Malaysia.
(2)
Duti eksais menjadi kena dibayar, berhubung dengan apa-apa duti eksais yang menjadi genap masa di bawah subperenggan (1) dalam mana-mana bulan kalendar, tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya dari tamatnya tempoh bercukai itu.
Cara pembayaran bagi pemindahan minuman bergula dari tempat yang dilesen atau gudang berlesen 6.
(1)
Jika duti eksais minuman bergula menjadi kena dibayar di bawah subperenggan 5(2), pengilang berlesen atau pemegang lesen hendaklah menyerahkan kepada pegawai yang hak suatu akuan dalam borang yang ditetapkan sebagai
Eksais No. 7 dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Eksais 1977
[P. U. (A) 161/1977] dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Akuan yang diserahkan di bawah subperenggan (1) hendaklah disahkan oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen dalam suatu penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 176 4
(3)
Ketua Pengarah boleh, jika berpuas hati sedemikian, membenarkan suatu sekuriti diberikan oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen bagi pembayaran duti eksais bagi minuman bergula yang dipindahkan dari tempat yang dilesen atau gudang berlesen.
(4)
Sekuriti yang diberikan di bawah subperenggan (3) hendaklah menjadi kena dibayar oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen bagi minuman bergula yang dipindahkan dari tempat yang dilesen atau gudang berlesen dengan syarat bahawa—
(a)
pengilang berlesen atau pemegang lesen pada setiap masa adalah bertanggungan bagi duti eksais ke atas minuman bergula yang dipindahkan dari tempat yang dilesen atau gudang berlesen; dan
(b)
Ketua Pengarah boleh menuntut bayaran duti eksais daripada pengilang berlesen atau pemegang lesen ke atas minuman bergula yang dipindahkan dari tempat yang dilesen atau gudang berlesen jika Ketua
Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa minuman bergula itu tidak dapat diakaunkan.
Dibuat 28 Jun 2019
[Sulit KE.HT (96)669/19-8 Klt.3 SK.27; MOF.TAX(S) 700-2/1/60; PN(PU2)337/XXIII]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 6(2) Akta Eksais 1976]
P.U. (A) 176 5
EXCISE ACT 1976
EXCISE DUTIES (SWEETENED BEVERAGES) (PAYMENT) ORDER 2019