Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI EKSAIS (PEMBAYARAN PENYEDIAAN PRACAMPURAN) 2024

Seksyen 3

(1)

Pengilang berlesen atau pemegang lesen yang memindahkan penyediaan pracampuran dari tempat dilesenkan atau gudang berlesen bagi kegunaan dalam Malaysia hendaklah membayar duti eksais tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya daripada pemindahan penyediaan pracampuran itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh membenarkan suatu sekuriti diberikan oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen bagi pembayaran duti eksais yang disebut dalam subperenggan (1).

P.U. (A) 12 3

(3)

Sekuriti yang diberikan oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen di bawah subperenggan (2) hendaklah menjadi kena dibayar dengan syarat bahawa—

(a)

pengilang berlesen atau pemegang lesen itu adalah bertanggungan bagi duti eksais yang disebut dalam subperenggan

(1)

pada setiap masa; dan

(b)

Ketua Pengarah boleh menuntut bayaran duti eksais yang disebut dalam subperenggan (1) daripada pengilang berlesen atau pemegang lesen jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa penyediaan pracampuran itu tidak diakaunkan.

(4)

Dalam perenggan ini, “tempat dilesenkan” ertinya mana-mana tempat pengilangan yang berhubungan dengan penyediaan pracampuran sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan kepada pengilang berlesen.

Pembatalan

Section 3 — PERINTAH DUTI EKSAIS (PEMBAYARAN PENYEDIAAN PRACAMPURAN) 2024