Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH DUTI EKSAIS (PENYEDIAAN PRACAMPURAN) (BAYARAN) 2022
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“penyediaan pracampuran” ertinya barang-barang yang diperihalkan dalam ruang (1), (2) dan (3) di bawah kepala 18.06 Bab 18, kepala 19.01 Bab 19, kepala 21.01
dan 21.06 Bab 21, Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2022 [P.U. (A) 163/2022];
“tempat berlesen”
ertinya mana-mana tempat pengilangan penyediaan pracampuran yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan kepada pengilang berlesen di bawah subseksyen 20(1) Akta.