Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI EKSAIS (PENYEDIAAN PRACAMPURAN) (BAYARAN) 2022

Seksyen 3

Duti eksais

Perintah Duti Eksais 2022 hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengilang berlesen dan pemegang lesen penyediaan pracampuran berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan di Malaysia yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual kepada

Perintah Duti Eksais 2022.

P.U. (A) 290 3

Cara pembayaran bagi pemindahan penyediaan pracampuran dari tempat berlesen atau gudang berlesen 4.

(1)

Duti eksais hendaklah dibayar oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen, yang memindahkan penyediaan pracampuran berkenaan dari tempat berlesen atau gudang berlesen itu untuk kegunaan dalam Malaysia, selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika berpuas hati sedemikian, membenarkan suatu sekuriti diberikan oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen bagi pembayaran duti eksais bagi penyediaan pracampuran yang dipindahkan dari tempat berlesen atau gudang berlesen.

(3)

Sekuriti yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah menjadi kena dibayar oleh pengilang berlesen atau pemegang lesen bagi penyediaan pracampuran yang dipindahkan dari tempat berlesen atau gudang berlesen dengan syarat bahawa—

(a)

pengilang berlesen atau pemegang lesen pada setiap masa adalah bertanggungan bagi duti eksais ke atas penyediaan pracampuran yang dipindahkan dari tempat berlesen atau gudang berlesen; dan

(b)

Ketua Pengarah boleh menuntut bayaran duti eksais daripada pengilang berlesen atau pemegang lesen ke atas penyediaan pracampuran yang dipindahkan dari tempat berlesen atau gudang berlesen jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai penyediaan pracampuran itu tidak dapat diakaunkan.

Dibuat 7 September 2022

[S.KE.HT(96)669/19-8 Klt.4 Sk.7; MOF.TAX (S)700-1/3/97; PN(PU2)337/Jld. 26]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 6(2) Akta Eksais 1976]

P.U. (A) 290 4

EXCISE ACT 1976

EXCISE DUTIES (PREMIX PREPARATION) (PAYMENT) ORDER 2022

Section 3 — PERINTAH DUTI EKSAIS (PENYEDIAAN PRACAMPURAN) (BAYARAN) 2022