Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI EKSAIS (TIOMAN) 2022

Seksyen 2

Duti eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang berikut yang diimport masuk ke Tioman atau diangkut ke Tioman dari kawasan utama kastam pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual kepada Perintah Duti Eksais yang sedang berkuat kuasa:

(a)

kenderaan bermotor;

(b)

rokok;

(c)

produk tembakau;

(d)

rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;

(e)

paip tembakau (termasuk kepala paip); dan

(f)

sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.

P.U. (A) 181 3

Pembatalan