Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 [P.U. (A) 242/2004], dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“2.
Duti eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang berikut yang diimport masuk ke
Tioman atau diangkut ke Tioman dari kawasan utama kastam pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2017
[P.U. (A) 92/2017]:
(a)
kenderaan bermotor;
(b)
rokok;
(c)
produk tembakau;
(d)
rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;
(e)
paip tembakau (termasuk kepala paip); dan 3
(f)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.”.
Dibuat 31 Disember 2020
[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD.6; PN(PU2)337/XXV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 91I(2) Akta Eksais 1976]
4
EXCISE ACT 1976
EXCISE DUTIES (TIOMAN) (AMENDMENT) ORDER 2020