Seksyen 3
Duti ATIGA
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport, berkenaan dengan kepala, subkepala dan barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1), (2) dan (3) Jadual Kedua, yang berasal dari negeri-negeri ASEAN, mengikut kadar duti ATIGA yang dinyatakan dalam ruang (7)
Jadual Kedua, yang diimport ke dalam Malaysia.
(2)
Jika kadar duti ATIGA dinyatakan dalam ruang (7) Jadual Kedua berkenaan dengan sesuatu jenis barang-barang yang tertentu, kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import sepenuhnya yang sepadan yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, berkenaan
P.U. (A) 277 3
dengan barang-barang dari jenis itu, yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua
Pengarah sebagai telah berasal dari negeri-negeri ASEAN.
(3)
Tiada barang-barang berhak kepada kadar duti ATIGA melainkan jika kadar duti ATIGA ke atas barang-barang atau jenis barang-barang yang seumpamanya di negeri ASEAN yang mengeksport tidak lebih daripada 20% ad valorem jika kadar duti
ATIGA yang dinyatakan dalam ruang (7) Jadual Kedua adalah 20% ad valorem atau kurang.
(4)
Dalam hal barang-barang yang boleh dikenakan duti import yang dimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan motor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) duti kastam pada kadar sama rata 30% ad valorem hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport ke atas barang-barang itu.
(5)
Bagi maksud Perintah ini, “negeri ASEAN” ertinya Brunei, Kemboja,
Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand atau Vietnam, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan “negeri-negeri ASEAN” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.