Seksyen 5
Tafsiran kadar yang ditunjuk dalam Jadual Kedua
P.U. (A)In forceProvision 5 of 8
Seksyen 5
Melainkan jika dinyatakan selainnya, kadar yang dilevi di bawah subperenggan 3(1), 3(2), 3(3), 4(1), 4(2) dan 4(3) Perintah ini hendaklah—
(a)
jika kadar duti yang dilevi itu dinyatakan sebagai peratusan, menjadi peratusan bagi nilai barang-barang; dan
(b)
jika kadar duti yang dilevi itu dinyatakan sebagai sejumlah wang, menjadi jumlah wang yang dinyatakan, dan kadar itu hendaklah dibayar atas setiap unit yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua.