Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN KERJASAMA EKONOMI KOMPREHENSIF MALAYSIA-INDIA) (MICECA) 2011

Seksyen 3

Duti Import

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua yang berasal dari negeri India, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.

(2)

Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua berkenaan dengan sesuatu jenis barang-barang yang tertentu, maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2007

[P.U.(A) 441/2007] hanya berkenaan dengan barang-barang dari jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari negeri India.

P.U. (A) 215 3

(3)

Dalam hal barang-barang yang boleh dikenakan duti import di bawah

Perintah Duti Kastam 2007 yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan yang dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) hanya duti kastam pada kadar sama rata 30% ad valorem hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport atas barang-barang itu.

(4)

Berhubung dengan barang-barang yang tidak dinyatakan dalam Jadual

Kedua, duti import hendaklah dilevi ke atas barang-barang itu mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam Perintah Duti Kastam 2007.

Tafsiran kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua

Section 3 — PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN KERJASAMA EKONOMI KOMPREHENSIF MALAYSIA-INDIA) (MICECA) 2011