Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MALAYSIA-CHILE) 2012
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua yang berasal dari negara Chile, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.
(2)
Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua berkenaan dengan sesuatu jenis barang yang tertentu, maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2007 [P.U. (A) 441/2007]
hanya berkenaan dengan barang dari jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati
Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari negara Chile.
(3)
Dalam hal barang yang boleh dikenakan duti import di bawah Perintah
Duti Kastam 2007 yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki
Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan yang dimaksudkan untuk kegunaan bukan
3
komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok), hanya duti kastam pada kadar sama rata 30% ad valorem hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport atas barang itu.
(4)
Berhubung dengan barang yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kedua, duti import hendaklah dilevi ke atas barang itu mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam Perintah Duti Kastam 2007.
Tafsiran kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua