Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN PERKONGSIAN EKONOMI KOMPREHENSIF ANTARA KERAJAAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN JEPUN) 2020

Seksyen 3

Duti Import

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan, barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Negara-Negara Anggota ASEAN atau

Jepun, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.

(2)

Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua berkenaan dengan jenis barang-barang yang tertentu, maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang

P.U. (A) 191 3

sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2017 [P.U. (A) 5/2017]

hanya berkenaan dengan barang-barang daripada jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari Negara-Negara Anggota

ASEAN atau Jepun.

(3)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada duti import yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan motor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) duti kastam pada kadar sama rata sepuluh peratus ad valorem hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport itu berkenaan dengan, barang-barang itu.

(4)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar duti import “N.O.”

dalam ruang (5) Jadual Kedua kepada Perintah ini, duti import hendaklah dilevi ke atas barang-barang itu mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam ruang (5)