Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“ACFTA” ertinya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China;
“Negara China” ertinya Republik Rakyat China;
“Negara-Negara Anggota ASEAN” ertinya Brunei Darussalam, Negara Cambodia,
Republik Indonesia, Republik Rakyat Demokratik Lao, Malaysia, Kesatuan Myanmar,
Republik Filipina, Republik Singapura, Negara Thailand and Republik Sosialis Viet Nam;
“produk”, sebagaimana yang disebut dalam
Perjanjian
Rangka
Kerja
Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China, ertinya “barang-barang”
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta.