Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Duti import ACFTA
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama dan Jadual Ketiga, duti import hendaklah dilevi atas, dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan, barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Negara China
P.U. (A) 454 3
atau Negara-Negara Anggota ASEAN, pada kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, yang diimport ke dalam Malaysia.
(2)
Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua berkenaan dengan jenis barang-barang tertentu, kadar itu hendaklah dilevi atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2022 [P.U. (A) 114/2022]
hanya berkenaan dengan barang-barang dari jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari Negara China atau Negara-Negara Anggota ASEAN.
(3)
Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada duti import yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan bagi kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok), duti kastam pada kadar sama rata tiga puluh peratus ad valorem hendaklah dilevi atas, dan dibayar oleh pengimport itu berkenaan dengan, barang-barang itu.
(4)
Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar duti import “N.O.”
dalam ruang