Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Duti import
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi terhadap, dan dibayar oleh pengimport, berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Korea dan negara-negara ASEAN atau dari Korea atau negara-negara ASEAN yang diimport ke dalam Malaysia, pada kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua.
(2)
Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua berkenaan dengan sesuatu jenis barang-barang yang tertentu, kadar itu hendaklah dilevi terhadap dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam (Barang-Barang
Berasal dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian
Perdagangan Barangan ASEAN) 2012 [P.U. (A) 277/2012] hanya berkenaan dengan barang-barang daripada jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari Korea dan negara-negara ASEAN atau dari Korea atau negara-negara ASEAN.
(3)
Dalam hal barang-barang yang boleh dikenakan duti import di bawah
Perintah
Duti
Kastam
(Barang-Barang
Berasal dari
Negeri-Negeri
ASEAN)
(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN)
2012 yang diimport yang ada pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki
Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan yang dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan motor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok), hanya duti kastam pada kadar sama rata 30% ad valorem hendaklah dilevi terhadap dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang itu.
(4)
Dalam hal barang-barang yang dinyatakan sebagai “N.O.” dalam ruang (5)