Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan daripada duti setem apa-apa nota kontrak yang disempurnakan bagi—
(a)
transaksi penjualan dan pembelian dana dagangan bursa; dan
(b)
transaksi pembelian waran berstruktur, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] di Bursa Malaysia Securities Berhad.
(2)
Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi nota kontrak yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2026 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2028.
P.U. (A) 450 3
(3)
Bagi maksud perenggan ini,
“dana dagangan bursa”
dan
“waran berstruktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang berhubungan dengan dana dagangan bursa dan waran berstruktur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Dibuat 19 Disember 2025
[MOF.TAX(S)700-1/3/11 JLD. 8; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29) – 486; PN(PU2)159/JLD.38]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 450 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (CONTRACT NOTE FOR SALE AND PURCHASE TRANSACTION OF
EXCHANGE-TRADED FUND AND PURCHASE TRANSACTION OF
STRUCTURED WARRANT) (EXEMPTION) ORDER 2025