Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—
(a)
institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989
[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(b)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553]
yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(c)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
yang menjalankan perniagaan bank Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(d)
syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]
yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
P.U. (A) 32 3
(e)
syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(f)
seseorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri;
Tun Razak Exchange