Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2018

Seksyen 2

(1)

Nota kontrak yang disempurnakan bagi transaksi penjualan dan pembelian saham syarikat permodalan sederhana dan kecil di Bursa Malaysia Securities Berhad dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi nota kontrak yang disempurnakan pada atau selepas 1 Mac 2018 tetapi tidak lewat daripada 28 Februari 2021.

(3)

Bagi maksud perenggan ini, “syarikat permodalan sederhana dan kecil”

ertinya suatu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad yang—

(a)

mempunyai permodalan pasaran antara dua ratus juta ringgit hingga dua bilion ringgit pada 31 Disember dalam tahun kalendar sebaik sebelum tahun yang transaksi yang disebut dalam subperenggan (1)

disempurnakan; dan

P.U. (A) 65 3

(b)

dinyatakan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia

Securities Berhad berhubung dengan syarikat permodalan sederhana dan kecil yang layak mendapat pengecualian duti setem.

Dibuat 1 Mac 2018

[CR(8.09)248/39/7-217 Jld.13(SK.5); PN(PU2)159/XXX]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 65 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2018

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2018