Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Suatu surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan antara suatu perusahaan kecil dan sederhana dengan suatu institusi kewangan adalah, atas permohonan, dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut itu yang disempurnakan menurut surat tawaran yang dikeluarkan oleh institusi kewangan pada atau selepas 27 Februari 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
(3)
Permohonan untuk pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada institusi kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menyatakan kelulusan kemudahan pinjaman atau pembiayaan itu.
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“institusi kewangan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada
"banker"
dalam seksyen 2
Akta, dan mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi kewangan oleh
Menteri di bawah subsekyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009
P.U. (A) 152 3
[Akta 701] bagi maksud seksyen 49 Akta itu;
(b)
“kemudahan pinjaman atau pembiayaan” ertinya suatu kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang diluluskan di bawah Tabung Bank
Negara Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana—
(i)
Kemudahan Bantuan Khas;
(ii)
Kemudahan Semua Sektor Ekonomi termasuk
Kemudahan Automasi dan Digital Perusahaan Kecil dan Sederhana;
(iii)
Kemudahan Agromakanan; atau
(iv)
Kemudahan Perusahaan Mikro; dan
(c)
“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 2A Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana 1995 [Akta 539].
Dibuat 14 Mei 2020
[MOF.TAX. 700-1/3/11 Jld.2(40); PN(PU2)159/XXXIII]
TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 152 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2020