Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan semua surat cara pindah milik bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai tidak melebihi lima ratus ribu ringgit
(RM500,000.00) yang disempurnakan oleh seseorang individu daripada duti setem sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman disempurnakan pada atau selepas 1
Januari 2021
tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2025; dan
(b)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran.
(3)
Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960
[Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan
P.U. (A) 53 3
bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman; dan
(b)
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 4 Januari 2021
[Perb.MOF.TAX(S)700-3/2/174; LHDN.AY.600-12/1/7(29)-78; PN(PU2)159/XXXIV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 53 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2021