Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), surat cara yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang disempurnakan oleh orang yang layak menurut skim percantuman atau skim pemerolehan yang telah diluluskan oleh Perbadanan
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, adalah dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)—
(a)
orang yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah seorang yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang—
(i)
dimiliki secara sepenuhnya dan secara langsung oleh warganegara; dan
(ii)
telah mencapai perolehan jualan tahunan kurang daripada lima juta ringgit; atau
P.U. (A) 285 3
(iii)
mempunyai kurang daripada lima puluh orang pekerja sepenuh masa; dan
(b)
skim percantuman dan skim pemerolehan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dijalankan di antara orang yang layak pada atau selepas 3 Julai 2012 tetapi tidak lewat dari 2 Julai 2015.
Pemakaian