Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar yang diluluskan di bawah
Tabung Bank Negara Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana yang disempurnakan di antara suatu institusi kewangan peserta dengan perusahaan kecil dan sederhana daripada duti setem.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan itu disempurnakan menurut surat tawaran yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Disember 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021.
(3)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan disertakan dengan surat tawaran daripada institusi kewangan peserta kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menyatakan kelulusan kemudahan pinjaman atau pembiayaan itu.
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“institusi kewangan peserta” ertinya—
P.U. (A) 385 3
(i)
Affin Bank Berhad;
(ii)
Affin Islamic Bank Berhad;
(iii)
Alliance Bank Malaysia Berhad;
(iv)
Alliance Islamic Bank Berhad;
(v)
AmBank (M) Berhad;
(vi)
AmBank Islamic Berhad;
(vii)
Bank Islam Malaysia Berhad;
(viii)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat);
(ix)
Bank Muamalat Malaysia Berhad;
(x)
Bank of China (Malaysia) Berhad;
(xi)
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank);
(xii)
Bank Simpanan Nasional;
(xiii)
CIMB Bank Berhad;
(xiv)
CIMB Islamic Bank Berhad;
(xv)
HSBC Bank Malaysia Berhad;
(xvi)
HSBC Amanah Malaysia Berhad;
(xvii)
Hong Leong Bank Berhad;
P.U. (A) 385 4
(xviii)
Hong Leong Islamic Bank Berhad;
(xix)
Malayan Banking Berhad;
(xx)
Maybank Islamic Berhad;
(xxi)
MBSB Bank Berhad;
(xxii)
OCBC Bank (Malaysia) Berhad;
(xxiii)
OCBC Al-Amin Bank Berhad;
(xxiv)
Public Bank Berhad;
(xxv)
Public Islamic Bank Berhad;
(xxvi)
RHB Bank Berhad;
(xxvii)
RHB Islamic Bank Berhad;
(xxviii)
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia
Berhad (SME Bank);
(xxix)
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad;
(xxx)
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.; dan
(b)
“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 [Akta 539].
P.U. (A) 385 5
Dibuat 6 Oktober 2021
[MOF.TAX.700-3/2/138; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-120; PN(PU2)159/Jld. 35]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 385 6
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 12) ORDER 2021