Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Mana-mana polisi insurans atau sijil takaful bagi produk yang dikeluarkan oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen kepada individu dengan nilai premium atau sumbangan takaful tahunan yang tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi mana-mana polisi insurans atau sijil takaful yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Januari 2022 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2025.
(3)
Bagi maksud perenggan ini—
(a)
“penanggung insurans berlesen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
“pengendali takaful berlesen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan
(c)
sebutan tentang produk dalam subperenggan (1) adalah sebutan
P.U. (A) 465 3
tentang produk insurans atau takaful yang telah diluluskan oleh
Bank Negara Malaysia untuk ditawarkan oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen seperti berikut:
(i)
insurans atau takaful kebakaran;
(ii)
insurans atau takaful gangguan perniagaan akibat kebakaran;
(iii)
insurans atau takaful kemalangan diri;
(iv)
insurans atau takaful perjalanan;
(v)
insurans atau takaful liabiliti;
(vi)
insurans atau takaful kejuruteraan.
Dibuat 21 Disember 2021
[MOF.TAX(S)700-1/3/11Jld.3; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-164; PN(PU2)159/Jld.35]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 465 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO.16) ORDER 2021