Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
(a)
“perusahaan mikro” atau “perusahaan kecil dan sederhana” ertinya perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan
Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 2A
Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995
[Akta 539];
(b)
“platform P2P” ertinya platform elektronik yang memudahkan secara langsung atau tidak langsung penerbitan, pelaksanaan atau penawaran suatu nota pelaburan atau nota pelaburan Islam seperti yang dinyatakan di bawah Guidelines on Recognized Markets yang dikeluarkan atau disemak dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
(c)
“nota pelaburan”
atau
“nota pelaburan
Islam”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti dan Sekuriti Islam) (Nota Pelaburan dan
Nota Pelaburan Islam) 2016 [P.U. (A) 126/2016].
P.U. (A) 487 3
Pengecualian