Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan surat cara nota pelaburan atau nota pelaburan
Islam untuk pembiayaan antara-rakan-setara (P2P) yang disempurnakan oleh perusahaan mikro, atau perusahaan kecil dan sederhana atau disempurnakan antara perusahaan mikro, atau perusahaan kecil dan sederhana dan pelabur, atau orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pelabur daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) —
(a)
hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa platform
P2P dikendalikan oleh operator
P2P yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
(b)
hendaklah hanya terpakai kepada surat cara nota pelaburan atau nota pelaburan
Islam jika ia disempurnakan pada atau selepas 1
Januari 2022
tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2026.
Dibuat 27 Disember 2021
[MOF.TAX(S)700-1/3/11 JLD.3; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-173; PN(PU2)159/JLD.35]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 487 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 17) ORDER 2021