Malaysia legislation

Section 1

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO.18) 2021

Seksyen 1

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Duti

Setem

(Pengecualian) (No. 18) 2021.

(2)

Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2021.

Pengecualian 1.

(1)

Surat cara yang berhubung dengan suatu percantuman atau pemerolehan yang diluluskan, yang disempurnakan oleh perusahaan kecil dan sederhana dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Dalam perenggan ini 

(a)

“surat cara yang berhubung dengan suatu percantuman atau pemerolehan yang diluluskan” ertinya 

(i)

kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau penyewaan harta (tanah, bangunan, jentera dan peralatan);

(ii)

surat cara pindah milik dan memorandum persefahaman;

(iii)

perjanjian pinjaman atau pembiayaan; dan

(iv)

perjanjian penyewaan yang pertama; dan 3

(b)

“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2

Akta

Perbadanan

Pembangunan

Industri

Kecil dan

Sederhana 1995 [Akta 539].

(3)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa permohonan percantuman atau pemerolehan itu diterima oleh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 1 Julai 2021 tetapi tidak lewat daripada 30 Jun 2022.

(4)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai hanya kepada surat cara yang disempurnakan oleh perusahaan kecil dan sederhana pada atau selepas 1 Julai 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.

Dibuat 30 Disember 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/105; PN(PU2)159/Jld. 35]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 18) ORDER 2021