Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 2) 2013
“harta komersil” ertinya bangunan atau sebahagian dari bangunan yang terletak dalam Tun Razak Exchange dan digunakan bagi tujuan perniagaan syarikat berstatus
Tun Razak Exchange Marquee;
“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—
(a)
institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989
[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(b)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(c)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
yang menjalankan perniagaan perbankan Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
P.U. (A) 33 3
(d)
syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312] yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(e)
syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(f)
seseorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri;