Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengecualian
Duti setem yang boleh dikenakan seperti berikut adalah dikecualikan:
(a)
apa-apa surat cara pindah milik bagi pembelian harta komersil oleh syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee ; dan
(b)
apa-apa perjanjian pinjaman yang disempurnakan antara syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee yang dinamakan dalam
P.U. (A) 33 4
Perjanjian Jual Beli dan bank atau institusi kewangan untuk membiayai pembelian suatu harta komersil, dengan syarat—
(i)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta komersil yang disebut dalam subperenggan (1)(a) yang disempurnakan pada atau selepas 31 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020;
(ii)
perjanjian pinjaman bagi pembelian harta komersil yang disebut di dalam subperenggan (a) dan (b) yang disempurnakan pada atau selepas 31 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020; dan
(iii)
pengecualian duti setem di bawah subperenggan (a) dan (b)
hendaklah diberi kepada pemilik pertama harta komersial itu.
(c)
apa-apa pajakan atau perjanjian untuk pajakan apa-apa harta komersil yang dimasuki syarikat berstatus Tun Razak Exchange
Marquee dengan syarat—
(i)
perjanjian pajakan bagi harta komersil yang disempurnakan pada atau selepas 31 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020; dan
(ii)
pengecualian duti setem di bawah subperenggan (c)
hendaklah diberi kepada pemajak pertama harta komersil itu.
Dibuat 30 Januari 2013
[Perb.0.3865/73(SJ.106)JLD.2;LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)159/XXXVI]
DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 33 5
STAMP ACT 1949
STAMP ACT (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2013