Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Semua surat cara pindah milik tanah, perniagaan, aset dan saham berhubung dengan penukaran suatu perkongsian konvensional atau syarikat persendirian yang menjadi suatu perkongsian liabiliti terhad adalah dikecualikan daripada duti setem yang boleh dikenakan di bawah Akta tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
penukaran perkongsian konvensional atau syarikat persendirian yang menjadi perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2017; dan
(b)
surat cara itu ditandatangan dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh pendaftaran penukaran itu.
P.U. (A) 230 3
(2)
Permohonan untuk pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
suatu pengesahan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mengesahkan bahawa pada tarikh pendaftaran perkongsian liabiliti terhad itu, pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu adalah semua pekongsi kepada perkongsian konvensional yang bertukar menjadi perkongsian liabiliti terhad atau pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu adalah semua pemegang syer syarikat persendirian yang bertukar menjadi perkongsian liabiliti terhad itu; dan
(b)
suatu senarai tanah, perniagaan, aset dan saham yang akan dipindah milik kepada perkongsian liabiliti terhad itu.
Dibuat 24 Julai 2014
[Perb. CR (8.20)116/1-138 (2013) JLD.2 (SK. 11); LHDN. 01/35/(S)/42/68/231 Klt. 2;
PN(PU2) 159/XXXVIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 230 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2014