Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2016

Seksyen 3

(1)

Apa-apa surat cara yang dikenakan duti ad valorem bagi pindah milik hartanah atau pajakan tanah atau bangunan, yang digunakan bagi maksud menjalankan suatu aktiviti yang layak dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut dalam subperenggan itu yang disempurnakan pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

P.U. (A) 164 3

(3)

Bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan (1), orang yang bertanggungan untuk membayar duti setem mengikut seksyen 33 Akta hendaklah mengemukakan suatu surat daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai

Timur yang mengesahkan bahawa surat cara yang disebut dalam subperenggan (1)

adalah bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak.

(4)

Bagi maksud subperenggan (3), “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008.