Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2017

Seksyen 2

(1)

Nota kontrak yang disempurnakan bagi transaksi penjualan dan pembelian waran berstruktur atau dana dagangan bursa yang diluluskan oleh

Suruhanjaya

Sekuriti

Malaysia di bawah

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007 [Akta 671] di Bursa Malaysia Securities Berhad dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi nota kontrak yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(3)

Bagi maksud perenggan ini—

“dana dagangan bursa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang berhubungan dengan dana dagangan bursa yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

“waran berstruktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang berhubungan dengan waran berstruktur yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

P.U. (A) 408 3

Dibuat 21 Disember 2017

[CR(8.09)248/39/7-217 JLD.13(SK.1); PN(PU2)159/XXX]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 408 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2017

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2017